Friday, March 1, 2013

Perbezaan imej RASTER dan VECTOR?


Seringkali kita terdengar, dan ada yang bertanya juga  kepada saya apa perbezaan dan kelebihan Vector dan Raster ni. Adakah penting untuk kita mengetahui kegunaannya dan kelebihannya? Ya sangat penting, lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang pereka grafik yang termasyur hehe :)

Sekiranya anda bekerja dalam industri kreatif dan melibatkan kerja untuk anda mereka grafik, adalah amat penting untuk anda mempunyai pemahaman asas imej Raster & Vector. Imej raster adalah terbentuk dari kumpulan dot per inch (dpi) dan diwujudkan melalui imbasan karya seni seperti hasil suntingan gambar dan sebarang program. Manakala imej Vector pula terbentuk dari garisan melengkung dan garisan yang membentuk objek.Imej ini terhasil melalui pengiraan matematik menggunakan perisian berasaskan vektor contohnya seperti Adobe Illustrator.

Perbezaan Imej Raster dan Imej Vector

                                      RASTER                                                   VECTOR                   
Resolusi                         dpi                                                    pengiraan matematik             
Saiz                  lebih besar bergantung kpd dpi,                            Sangat kecil                      
Format             BMP, PCX, TIFF, JPEG, PNG, PSD         EPS, AI, WMF, CDR, DXF     
Hasil Karya     Poster Bergambar, Gambar lukisan,             Logo, Animasi 2D, Clip Art,      
                        Gambar manipulasi.                                                                                       
Perisian           Adobe Photoshop, Win Paint dll                   Adobe Illustrator, Coral Draw,  
                                                                                            Adobe Flash, Freehand             
Kelebihan        Menambahkan kesan khas seperti                Saiz imej dapat diubah tanpa      
                         pencahayaan dan bayang-bayang                  menjejaskan kualiti imej.            




Gambar di atas menunjukkan contoh imej Vector(di atas) dan Raster(imej bawah). Imej vector di atas dihasilkan melalui pengiraan metemaik (tidak pecah) dan di bawah adalah raster (pecah) bila diubah saiz ke lebih besar. Anda boleh mecubanya di perisian Photoshop dan Illustrator.

Bayangkan jika anda menghasilkan logo bersaiz a5 menggunakan perisian photoshop(RASTER), kemudian anda ingin cetak di Banner bersaiz gergasi sebesar pasaraya. Kesannya logo tersebut akan pecah dan kualiti imej akan terjejas. Jadi di sini amatlah penting mengetahui hasil karya anda akan digunakan/dicetak di mana? Adakah hanya digunakan untuk persembahan skrin sahaja? Atau dicetak di topi dan baju sahaja? Saya mencadangkan anda gunakan perisian Adobe Illustrator untuk mencipta logo tersebut walaupun ianya bersaiz a5. Mana tahu suatu hari nanti anda ingin gunakan balik dan ingin dibesarkan/dicetak dalam saiz yang lebih besar? Tiada masalah sekiranya logo tersebut dihasilkan menggunakan program vector. :)

Jadi Photoshop??

Begini, khususkan photoshop untuk penciptaan poster bergambar / suntingan gambar / persembahan di skrin komputer atau laman web :)

Setakat ini artikel ringkas saya, untuk topik Raster dan Vector. Sekiranya ada pertanyaan berkenaan topik ini bolehlah terus emailkan ke mr_pixie@pixiestudio.com.my

Salam :)



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelebihan Raster dan Vektor, Vector VS Raster, apa itu vector dan raster, penting ke vector dan raster, cara nak convert raster ke vector. Tutorial Adobe Illustrator,  imej raster dan vektor, Vector Image VS Raster Image



Monday, February 25, 2013

Ebook Belajar Photoshop


Laman ini sedang dibangunkan untuk projek ebook grafik terbaru dari Pixie Studio untuk tahun 2013.

Produk terdahulu kami adalah :
1. ebook Pengenalan Kepada Photoshop Siri 1
2. ebook 39 Senjata Rahsia Photoshop Siri 2.
(Rujuk laman web ini untuk info produk terdahulu http://www.pixiestudio.com.my/V2/ebook.html )

Produk akan datang (Dalam Proses Penulisan) :
1. ebook Rekabentuk Grafik MUDAH dengan Illustrator CS3 Siri 1

Kami akan kemaskini laman blog ini dari semasa ke semasa, bagi yang ingin mengetahui status produk terbaru boleh bertanyakan kepada kami di :

SMS/WhatsApp : 019 668 6643
FB : http://www.facebook.com/pixiestudio

Pixie Studio | Merealisasi Imaginai
http://www.pixiestudio.com.my



-------------------------------------------------------------------------------------------------------
ebook belajar grafik, ebook belajar photoshop, ebook mahir photoshop, ebook belajar photoshop cs3, ebook bahasa malaysia, belajar photoshop dari rumah, belajar photoshop dengan mudah dan pantas, belajar photoshop dengan pantas, promosi ebook belajar photoshop, learn photoshop, ebook photoshop edisi bahasa malaysia, ebook illustrator, belajar illustrator, belajar illustrator mudah dan berkesan, ebook belajar illustrator dengan pantas dan berkesan, ebook belajar illustrator 2013