Friday, March 1, 2013
Perbezaan imej RASTER dan VECTOR?
Seringkali kita terdengar, dan ada yang bertanya juga kepada saya apa perbezaan dan kelebihan Vector dan Raster ni. Adakah penting untuk kita mengetahui kegunaannya dan kelebihannya? Ya sangat penting, lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang pereka grafik yang termasyur hehe :)
Sekiranya anda bekerja dalam industri kreatif dan melibatkan kerja untuk anda mereka grafik, adalah amat penting untuk anda mempunyai pemahaman asas imej Raster & Vector. Imej raster adalah terbentuk dari kumpulan dot per inch (dpi) dan diwujudkan melalui imbasan karya seni seperti hasil suntingan gambar dan sebarang program. Manakala imej Vector pula terbentuk dari garisan melengkung dan garisan yang membentuk objek.Imej ini terhasil melalui pengiraan matematik menggunakan perisian berasaskan vektor contohnya seperti Adobe Illustrator.
Perbezaan Imej Raster dan Imej Vector
RASTER VECTOR
Resolusi dpi pengiraan matematik
Saiz lebih besar bergantung kpd dpi, Sangat kecil
Format BMP, PCX, TIFF, JPEG, PNG, PSD EPS, AI, WMF, CDR, DXF
Hasil Karya Poster Bergambar, Gambar lukisan, Logo, Animasi 2D, Clip Art,
Gambar manipulasi.
Perisian Adobe Photoshop, Win Paint dll Adobe Illustrator, Coral Draw,
Adobe Flash, Freehand
Kelebihan Menambahkan kesan khas seperti Saiz imej dapat diubah tanpa
pencahayaan dan bayang-bayang menjejaskan kualiti imej.
Gambar di atas menunjukkan contoh imej Vector(di atas) dan Raster(imej bawah). Imej vector di atas dihasilkan melalui pengiraan metemaik (tidak pecah) dan di bawah adalah raster (pecah) bila diubah saiz ke lebih besar. Anda boleh mecubanya di perisian Photoshop dan Illustrator.
Bayangkan jika anda menghasilkan logo bersaiz a5 menggunakan perisian photoshop(RASTER), kemudian anda ingin cetak di Banner bersaiz gergasi sebesar pasaraya. Kesannya logo tersebut akan pecah dan kualiti imej akan terjejas. Jadi di sini amatlah penting mengetahui hasil karya anda akan digunakan/dicetak di mana? Adakah hanya digunakan untuk persembahan skrin sahaja? Atau dicetak di topi dan baju sahaja? Saya mencadangkan anda gunakan perisian Adobe Illustrator untuk mencipta logo tersebut walaupun ianya bersaiz a5. Mana tahu suatu hari nanti anda ingin gunakan balik dan ingin dibesarkan/dicetak dalam saiz yang lebih besar? Tiada masalah sekiranya logo tersebut dihasilkan menggunakan program vector. :)
Jadi Photoshop??
Begini, khususkan photoshop untuk penciptaan poster bergambar / suntingan gambar / persembahan di skrin komputer atau laman web :)
Setakat ini artikel ringkas saya, untuk topik Raster dan Vector. Sekiranya ada pertanyaan berkenaan topik ini bolehlah terus emailkan ke mr_pixie@pixiestudio.com.my
Salam :)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelebihan Raster dan Vektor, Vector VS Raster, apa itu vector dan raster, penting ke vector dan raster, cara nak convert raster ke vector. Tutorial Adobe Illustrator, imej raster dan vektor, Vector Image VS Raster Image
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment